Saturday, February 21, 2009

keliru..!!!???

aku keliru dengan diri ku sendiri..keliru dengan perasaan yang ada dalam diriku..setiap kali si dia bersama teman wanitanya,aku pasti tidak senang duduk..setiap kali melihat kemesraan antara si dia dengan teman wanitanya membuatkan hati ku rasa xtentu...kawan2 ku mengatakan bahawa aku cemburu dengan si dia & kemungkinan besar aku telah jatuh cinta padanya...itu tidak mungkin,kerana aku hanya menganggapnya sebagai kawan..tidak lebih dan tidak kurang..si dia yang terlalu baik n suka tolong aku diwaktu aku memerlukannya..arrghh tidak mungkin aku dilamun cinta..Ya Allah,tolonglah aku..aku tidak mahu merampas kebahagiaan orang lain terutama rakan2 ku sendiri..kalau lah benar seperti yang mereka katakan padaku bahawa aku sedang dilamun cinta,tolonglah aku Ya Allah..buktikanlah bahawa kata2 mereka itu tidak benar..

Bismillahirahmanirahim…

Ya Allah,

Seandainya telah Engkau catatkan

Dia milikku, tercipta buatku

Satukanlah hatinya dan hatiku

Titipkanlah kemesraan antara kami agar kebahagiaan itu abadi

Ya Allah Ya Tuhanku Yang Maha Mengasihani…

Seiringkanlah kami melayari hidup ini

Kesetiaan yang sejahtera dan abadi

Maka jodohkanlah kami.

Ya Allah Yang Tercinta,

Pasrahkanlah aku dengan takdirMu

Sesungguhnya hanya Engkau Yang Maha Mengetahui

Segala yang terbaik buat hambaMu ini…

Tetapi Ya Allah,

Seandainya telah Engkau takdirkan

Dia bukan milikku

Bawalah dia jauh dari pandanganku

Luputkanlah dia dari ingatanku

Hapuskanlah perasaanku terhadapnya

Dan peliharalah aku dari kekecewaan

Ya Allah Ya Tuhanku Yang Maha Mengerti,

Berikanlah aku kekuatan

Menolak bayangannya jauh ke dada langit

Hilang bersama senja yang merah

Agarku sentiasa tenang walaupun tanpa bersama dengannya

Maka kurniakanlah padaku seorang pasangan yang beriman

Meskipun tak akan sama dengan dirinya

Dan kurniakanlah juga padanya seorang insan yang lebih baik dari diriku

Agar aku dan dia

Sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup ke jalan yang Engkau redhai

Dan kurniakanlah pada kami keturunan yang soleh dan solehah

Ya Allah Ya Tuhanku,

Jika benar cinta itu suci, ia akan datang dengan sendirinya

Tetapi jika ia pergi dan tak berkunjung lagi

Maka anggaplah cinta itu memang tidak wujud dari awal lagi

Ya Allah,

Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat

Dan peliharalah kami dari azab api neraka

Amin…amin Ya Rabbal A’lamin…


~isya/sya

No comments: